EPPM1013 Perniagaan Digital
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada perniagaan digital yang memfokuskan kepada pengurusan perniagaan dalam talian. Pelajar akan dapat mempelajari berkenaan mengurus infrastruktur perniagaan digital, strategi perniagaan digital, konsep IoT (Internet of Things), pemasaran digital, dan e-dagang dan pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, pelajar juga dilengkapi dengan kemahiran teknik mengurus perubahan perniagaan digital. Mengetahui teknik sedemikian, boleh membolehkan pelajar memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
EPPD1053 Pengantar Pengurusan
Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada pengurusan perniagaan. Ia
mendedahkan kepada pelajar konsep dan teori asas pengurusan dan pentadbiran
organisasi. Tajuk-tajuk utama merangkumi pemikiran pengurusan, perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan motivasi, pengawalan kualiti dan prestasi,
budaya korporat dan komunikasi dalam menguruskan sesebuah organisasi. Kursus
ini turut membincangkan tentang amalan-amalan terbaik pengurusan terkini dalam
pembentukan dan pengekalan daya saing organisasi.
EPPD1033 Prinsip Perakaunan
Kursus
ini memperkenalkan pelajar kepada konsep dan prinsip asas serta rasional yang
mendasari amalan perakaunan. Kitaran perakaunan disentuh secara terperinci yang
meliputi proses penjurnalan, pengeposan, penyediaan imbangan duga, pelarasan,
penyediaan penyata kewangan dan catatan penutup. Perbincangan meliputi kitaran
perakaunan bagi jenis operasi berbeza seperti perniagaan perkhidmatan,
pembarangan dan perkilangan serta dari konteks pemilikan berbeza yang meliputi
pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi tidak bermotifkan
keuntungan.