Langkau ke kandungan utama

ODLUKM

Selamat Datang ke Pelantar Interaktif Maya
Bahasa Melayu ‎(ms)‎
Bahasa Melayu ‎(ms)‎ English ‎(en)‎ English (United States) ‎(en_us)‎ Tamil ‎(ta)‎ العربية ‎(ar)‎ 简体中文 ‎(zh_cn)‎
Log masuk
Kursus
  1. Laman utama
  2. Kursus-kursus
  3. Fakulti Pengajian Islam
  4. Sarjana
  5. Sarjana Pengajian Islam Kontemporari

Sarjana Pengajian Islam Kontemporari

ODPP6343 Komunikasi Islam Kontemporari

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai konsep tujuan dan jenis-jenis komunikasi dalam Islam. Ia membincangkan spektrum komunikasi antara Allah dan manusia dan antara sesama manusia yang perlu dipandu dengan akhlak Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Ia juga membincangkan pendekatan dakwah dengan mengaplikasikan teori-teori komunikasi yang relevan dengan kumpulan sasaran. Pelajar ditekankan dengan bentuk komunikasi yang penting iaitu komunikasi antara budaya interpersonal, dan lain-lain. Di samping itu, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti isu-isu dakwah kontemporari yang boleh diaplikasikan dalam komunikasi harian dan menganalisis perkembangan isu semasa dari perspektif komunikasi Islam. Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai isu komunikasi yang terdapat dalam saluran media digital dan elektronik.


Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6333 Aplikasi Fatwa Kontemporari

Kursus ini membincangkan konsep fatwa dari aspek pengertian, istilah-istilah berkaitan dan sejarah perkembangan fatwa bermula daripada zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabi’in dan zaman-zaman khilafah Islamiyyah sehingga kini. Selain itu, kursus ini juga mendedahkan kepada pelajar prinsip-prinsip fatwa, kriteria mufti, autoriti fatwa, prosedur pengeluaran fatwa serta sumber-sumber dokumentasi fatwa klasik dan moden. Kursus ini juga mengupas mengenai institusi-institusi fatwa sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Tidak ketinggalan, kursus ini mendedahkan pelajar dengan aplikasi fatwa kontempoarari tempatan dan antarabangsa.

Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6313 MULTILINGUALISMA DAN SASTERA DUNIA ISLAM

Dunia Islam kaya dengan khazanah bahasa dan sastera yang membentuk peradaban Islam. Kursus ini meneroka pelbagai aspek multilingualisma dan sastera dalam dunia Islam. Ia meliputi perspektif Islam tentang bahasa, diversiti bahasa dan multilingualisma dunia Islam, polisi bahasa dalam masyarakat majoriti dan minoriti Muslim,  dakwah dan pendidikan. Kursus ini turut membahaskan isu-isu industri bahasa, teknologi  dan terjemahan sebagai wadah peradaban dan sumber ekonomi dalam dunia Islam. Kursus ini turut mengupas falsafah sastera Islam  serta mengulas karya pengembara Muslim dan karya penghinaan  terhadap agama. Pelajar akan menghasilkan bahan terjemahan atau digital, esei serta mencadangkan polisi bahasa dan sastera  bagi kelestarian dan kemajuan dunia Islam.


Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6253 SEJARAH ISLAM DI MALAYSIA

Kursus ini bertujuan untuk  mengkaji perkembangan sejarah dan tamadun Islam di Malaysia.  Perbincangan meliputi sejarah kemasukan Islam dan  perkembangannya sehingga masa kini, kesan ajaran Islam ke atas masyarakat Islam  dalam aspek-aspek  sosial, ekonomi dan politik. Kajian turut menumpukan perbahasan kepada penjajahan asing  dan kesannya terhadap Islam serta peranan Islam dalam perjuangan kemerdekaan. Kedudukan dan pengaruh Islam dalam semua aspek kehidupan umat Islam selepas Malaysia merdeka juga turut dibincangkan termasuklah usaha-usaha  pengukuhan  Islam dan masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan juga meliputi isu pendidikan dan aliran pemikiran, hubungan luar dan pencapaian tamadun masyarakat Islam masa kini.

Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6223 Maktabah Al-Quran dan Hadis

Kursus ini memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar tentang ulum al-Quran dan tafsir serta hadis. Perbincangan merangkumi pengenalan al-Quran dan tafsir, perkembangan tafsir di zamaRasulullah SAW, para sahabat dan tabien, pembahagian tafsir dan metodologi ulama dalam mentafsirkan al-Quran. Kursus ini juga akan membincangkan kaedah pembacaan Qurra’ serta karya-karya dalam bidang Qiraat serta hubungan dengan ilmu lain. Seterusnya perbincangan bekenaan Hadis merangkumi definisi, sumber, status dan huraian. Diikuti dengan pencerahan tentang asnaf kitab hadis yang berkaitan dengan sanad, matan dan sanad serta matan.

Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6213 Metodologi Penyelidikan

Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan konsep, etika dan prosedur menjalankan penyelidikan dalam bidang Pengajian Islam. Kursus ini membimbing pelajar siswazah menyediakan kertas cadangan penyelidikan. Kandungan kursus ini merangkumi kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, pernyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka kerja teoritikal dan kerangka kerja konseptual, populasi dan persampelan, pengumpulan data, penganalisisan data, dan senarai rujukan. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kaedah penyelidikan secara saintifik, sistematik dan inovatif.

Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6153 BAHASA ARAB ILMIAH

Kursus ini meningkatkan keupayaan komunikasi interpersonal dan komunikasi persembahan Bahasa Arab pelajar pasca-siswazah dalam bidang pengajian Islam.  Bagi menyokong kemahiran bahasa Arab untuk tujuan akademik, pelajar dilatih meningkatkan kecekapan aplikasi tatabahasa dan kecekapan membuat rujukan kamus. Untuk membolehkan pelajar mengikuti perkembangan semasa dalam pengajian Islam, pelajar dilatih menstrategi carian, memanfaatkan dan menilai bahan digital menurut pengkhususan program. Pelajar dibimbing memahami dan menilai secara kritikal teks bacaan moden dan klasik serta bahan audio visual. Pelajar juga dilatih berkomunikasi dan berdiskusi melalui pembentangan bicara-tuntas, khutbah dan soal-jawab dalam topik terpilih bidang pengajian Islam.

balqis odl
Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6143 I’JAZ ILMI DALAM AL-QURAN

Kursus ini membincangkan mukjizat al-Quran dari aspek sains, merangkumi perbandingan antara tafsir ilmi dan i’jaz ilmi, hubungan antara mukjizat balaghi dengan mukjizat sains, bentuk-bentuk mukjizat sains, kategori ayat berkaitan sains, hubungan i’jaz ilmi dengan i’jaz-i’jaz yang lain. Kursus ini juga mengetengahkan pembelajaran secara praktikal dengan menganalisis mukjizat sains ini di dalam ayat-ayat al-Quran.

balqis odl
Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6133 METODOLOGI DAKWAH AL-QURAN DALAM MASYARAKAT MODEN

Kursus ini mengandungi kajian dan huraian di sekitar pengertian dakwah, keperluan manusia kepada dakwah dan hukum berdakwah serta pelaksanaannya menurut al-Quran dan al-Sunnah.  Dihuraikan juga konsep-konsep utama bagi dakwah Islamiah dan hubungannya dengan dakwah terdahulu serta ciri-ciri kesempurnaan, penamat dan sejagat bagi dakwah Islamiah. Huraian tentang pendakwah dan sasaran dakwah juga dititikberatkan untuk melihat masalah yang timbul daripada kedua objek ini dalam dakwah Islamiah. Perbincangan tentang pendekatan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat dikenal pasti untuk dijadikan model dalam pendekatan dakwah.

balqis odl
Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6123 MANHAJ MAQASID SYARIAH KONTEMPORARI

Matlamat kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar terhadap konsep maqasid syariah, peranan dan kepentingannya dalam ijtihad terutamanya dalam penentuan hukum bagi permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini. Kursus ini akan membahaskan mengenai hubungan maqasid syariah dengan ilmu usul fiqh dan contoh-contoh penentuan hukum oleh khulafa’ rasyidin. Selain itu, kursus ini turut membincangkan mengenai sejarah perkembangan ilmu maqasid syariah sejak dari zaman awal Islam sehinggalah ke hari ini. Kursus ini juga akan menonjolkan dua orang tokoh maqasid syariah klasik iaitu Imam Izzuddin Ibn Abdul Salam dan Imam al-Shatibi serta beberapa orang tokoh maqasid syariah kontemporari seperti Sheikh Ibn Ashur, Sheikh Mustafa al-Zarqa’, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Dr. Ahmad al-Raysuni. Beberapa aspek pemikiran mereka turut dibincangkan bagi mendapatkan gambaran mengenai kepentingan kaedah penentuan hukum syarak berasaskan maqasid syariah. Selain itu, kursus ini juga mendedahkan mengenai dawabit serta kaedah ijtihad berasaskan kepada maqasid syariah termasuklah perbincangan berkaitan fiqh awlawiyyat. Beberapa isu semasa dalam permasalahan ibadat yang berkaitan dengan perlaksanaan ibadat ketika wabak Covid-19 melanda dan solat secara duduk di atas kerusi, isu muamalat yang berkaitan dengan saham, takaful dan pembiayaan kewangan, isu kekeluargaan yang berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak, perkahwinan secara online, penasaban anak dan pembekuan sperma, isu perubatan yang berkaitan dengan penggunaan vaksin yang mengandungi unsur najis dan rawatan fecal microbiota transplantation (FMT) turut dibincangkan. Ia bagi memberikan kefahaman yang sebenar kepada pelajar mengenai  kaedah penentuan hukum syarak berasaskan maqasid syariah dalam isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam pada setiap masa.

balqis odl
Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access

ODPP6113 Kajian Mutakallimin, Tasawuf, Tafsir Dan Hadis

Kursus ini menganalisis secara kritis metode dalam ilmu kalam yang diasaskan secara umumnya di atas  metode syara’ dan akal  dalam membahaskan Asma’ dan Sifat Allah. Kemudian, ia juga menganalisis metode dalam ilmu Tasawuf, iaitu pengamalan amalan syariat berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, hati sebagai tempat al-makrifah,riyadat al-nafs dan al-mujahadah serta pengamalan zikir. Seterusnya, kursus ini juga membahaskan Metodologi Tafsir merangkumi metode klasik dan metode kontemporari  seperti metode tahlili dan metode mawduie dan juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan tafsiran al-Quran seperti tafsiran liberal. Bagi ilmu hadis, kursus ini menganalisis metodenya yang diasaskan daripada Quran dan Hadis, dan ia dilaksanakan dalam periwayatan, pengambilan, penulisan dan penyusunan hadis.  Selain itu, kursus ini menilai isu-isu semasa yang berkaitan dengan ilmu kalam, tasawuf, tafsir dan hadis, dan kemudiannya menyoroti pandangan para ulama melalui karya-karya mereka.

Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Get access
  • Laman utama
List kursus

Lain - lain Navigasi

  • SMP UKM
  • Trafik UKM
Center for Shaping Advanced and Professional Education (UKMShape) | Open and Distance Learning (ODL) UKM
Permasalahan/Aduan berkaitan Platform LMS ODL - Virtual Interactive Platform (VIP); sila hubungi kami melalui:
helpdesk.odl@ukm.edu.my | +60 10-807 0049
Lain-lain Permasalahan/Aduan: Klik disini.
ODLUKM