GGGP6213 Penyelidikan Pembangunan Media
Matlamat kursus ini adalah
untuk memberi kefahaman dan kemahiran menganalisis, mereka bentuk, membina,
menguji dan menggunakan media pendidikan dengan kaedah dan strategi pengajaran
diintegrasikan nilai; serta menilai kebolehgunaan dan kebergunaan media yang
dihasilkan terhadap pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran
sumatif, ujian kebolehgunaan dan penilaian kebergunaan media yang dibangunkan
di akhir pembangunan akan turut dibincangkan. Tumpuan akan diberi kepada
penjajaran pentaksiran dengan matlamat dan hasil pembelajaran yang boleh
diukur, penggunaan sumber dalam talian dan alat-alat untuk pentaksiran dan
penilaian, penjanaan maklum balas untuk mewujudkan pembelajaran yang bermakna
dan penggunaan perisian analisis data bagi penilaian yang berkualiti untuk
memaksimumkan hasil pembelajaran.
GGGP6213 Penyelidikan Pembangunan Media Sesi 20222023 Sem 2 SET L1

GGGP6153 Rekabentuk Program Literasi Maklumat dalam Pendidikan Sesi 20222023 Sem 3 SET L1
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan merekabentuk dan membangunkan bahan pembelajaran literasi maklumat dalam konteks pendidikan. Kursus ini juga akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk melaksanakan bahan pembelajaran literasi maklumat tersebut dalam program literasi maklumat. Seterusnya pelajar akan didedahkan kepada proses menilai hasil dan proses rekabentuk dan perlaksanaan bahan pembelajaran literasi maklumat tersebut secara sistematik. Akhirnya kursus ini akan membantu pelajar untuk berkongsi dapatan penilaian tersebut melalui penulisan laporan penyelidikan yang ilmiah.
GGGP6133 Reka Bentuk Pengajaran dalam Pendidikan dan Latihan Sesi 20222023 Sem 1 SET L1
Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran dalam reka bentuk pengajaran (Instructional Design). Melalui kursus ini juga para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasi kemahiran dalam reka bentuk pengajaran di dalam konteks pendidikan dan latihan. Topik-topik di dalam kursus ini meliputi kemahiran mengenalpasti masalah, perbincangan adalah berkaitan pembangunan, perkembangan dan peranan teknologi pendidikan dalam dan luar negeri serta pembangunan dan tren teknologi terkini dalam pendidikan. Hasil perbincangan dan kajian dibentangkan dalam bentuk seminar dan dikendalikan secara pembelajaran kooperatif dan kolaboratif.
GGGP6193 Asas Teknologi Pendidikan Sesi 20222023 Sem 1 SET L1
Kursus ini memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar tentang inovasi teknologi maklumat dan komunikasi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengurusan pendidikan. Selain itu kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar mengaplikasi teknologi pendidikan terbuka termasuk open educational resources (OER) dan Web 2.0 bagi memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.