TP Sem 3 Mei 26 Sesi 20252026
GGGP6123 Produksi Media Pembelajaran (Mei 2026)
تاريخ بدء المقررالجمعة, 1 مايو 2026
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan yang luas kepada pelajar tentang beberapa jenis dan aspek pengeluaran dan penggunaan media pengajaran. Sejarah pengeluaran dan penggunaan media bermula dari era analog menuju kepada era digital turut disentuh secara sepintas lalu. Anda akan berpeluang mempelajari cara-cara mereka bentuk, mengeluarkan dan menggunakan media seperti transparensi, persembahan digital, dan penerbitan media dan lain-lain media yang boleh digunakan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan firma-firma. Integrasi laman web, pendidikan dalam talian juga akan dititikberatkan. Tumpuan juga akan diberikan kepada penghasilan aplikasi sokongan seperti H5P, AR (Augmented Reality), masa depan AR, Realiti Campuran, 360 Darjah VR, permainan komputer, elemen dalam permainan seperti Konflik, Strategi dan Peluang, Aesthetics, Tema dan Cerita, Ganjaran, dan Gamifikasi. Anda juga akan didedahkan dengan teknologi VR (Virtual Reality) seperti Realiti Maya Bukan Imersif, Realiti Maya Separa Imersif dan Realiti Maya Imersif Penuh. Akhir sekali anda akan dikongsi dengan dengan teknologi Aplikasi mudah alih seperti app jenis berasaskan web, App Natif dan hybrid app sebagai daya tarikan tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran era digital ini.