Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan persekitaran umum akhlak Islamiyyah dan tasawuf dengan memberikan penekanan khusus kepada peranan kedua-duanya dalam proses pembangunan sahsiah Muslim. Pembicaraannya meliputi konsep nilai dan sumber akhlak Islam serta kepentingannya dalam kehidupan insan, konsep dan sumber tasawuf, proses pembersihan diri yang meliputi pembicaraan sekitar al-fada’il dan al-radha’il serta pengenalan kepada al-maqamat dan al-ahwal.