PPPH3013 Ilmu Tasawuf Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus
ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan ilmu tasawuf. Ilmu ini adalah subjek
yang penting dalam kurikulum pengajian Islam kerana hubungan dua hala yang
dimiliki olehnya. Pertama, hubungan sebagai pelengkap dalam pembelajaran
ilmu-ilmu Islam. Ini bermaksud, pengajian Islam yang dilalui oleh pelajar
Muslim tidak akan lengkap dan sempurna jika tidak mencakupi pembelajaran ilmu
ini. Kedua, ilmu tasawuf ini mempunyai hubungan dengan kehidupan setiap Muslim.
Ini bermaksud, pembelajaran ilmu ini bukan terhenti kepada pembelajaran teori
dan ilmu sahaja, tetapi ia bersifat amali yang perlu dijadikan sebagai panduan
dalam kehidupan hingga membantu proses pembangunan sahsiah Muslim. Oleh kerana
itu, modul ini merangkumi terbahagi kepada dua tema besar iaitu ilmu dan amal,
teori dan amali.
PPPY1242 Metodologi Al-Quran dan Al-Hadis Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus ini membincangkan mengenai pengenalan, skop perbincangan dan perkembangan Ulum al-Quran dan tafsir, beberapa aliran dalam tafsir dan beberapa isu semasa berkenaan al-Quran. Kursus ini juga membincangkan pengenalan, skop perbincangan dan perkembangan Ulum al-Hadith terutamanya yang bersangkutan dengan sanad dan matan, jenis-jenis hadith yang diterima dan ditolak dan beberapa isu semasa berkenaan hadith.
PPPY1172 Fiqh Mualamat Dan Jinayat Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus ini merupakan pengantar kepada fiqh muamalat dan jenayah. Bahagian pertama membincangkan konsep al-mal, al-aqd, al-ahliyyah, kontrak pertukaran iaitu jual beli, ijarah dan ji`alah, kontrak perkongsian seperti musharakah, mudarabah, muzara'ah, dan musaqah, kontrak amanah dan kebajikan seperti rahn dan qard. Perbincangan juga menyentuh tentang hak dalam muamalat seperti hak penggunaan manfaat, hak al-shuf'ah, luqatah. Elemen-eleman utama yang ditegah dalam muamalat juga dibincang seperti, riba, gharar dan judi. Bahagian kedua pula membincangkan fiqh jenayah dengan penekanan kepada jenayah hudud dan takzir di samping menyentuh beberapa jenayah semasa yang berkaitan. Penekanan kursus adalah kepada pendapat mazhab Syafie.
PPPY1192 Akhlak dan Tasawuf Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus
ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan persekitaran umum akhlak Islamiyyah
dan tasawuf dengan memberikan penekanan khusus kepada peranan kedua-duanya
dalam proses pembangunan sahsiah Muslim. Pembicaraannya meliputi konsep nilai
dan sumber akhlak Islam serta kepentingannya dalam kehidupan insan, konsep dan
sumber tasawuf, proses pembersihan diri yang meliputi pembicaraan sekitar al-fada’il dan al-radha’il serta pengenalan kepada al-maqamat dan al-ahwal.
PPPH2003 Kajian Hadis Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus ini membahaskan secara tahlili (kajian analisis) hadis-hadis berhubung dengan akidah, ilmu, akhlak, keluarga dan masyarakat. Kajian merangkumi tahkrij hadis serta istinbat hukum daripada hadis. Pelajar akan didedahkan dengan amali kaedah mentakhrij hadis menggunakan kaedah paling mudah berasaskan kitab al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadis al-Nabawi. Selain itu, para pelajar juga akan diperkenalkan dengan karya-karya Syuruh al-hadis terutamanya kitab syarah bagi enam kitab hadis utama (al-kutub al-sittah) dengan pengenalan asas kitab-kitab tersebut serta amali syarah hadis secara ringkas.
PPPY1022 Bahasa Arab Akademik Asas Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincang, mengulas dan meringkaskan bahan pengajian bertulis atau audio visual. Pelajar dibimbing untuk memantapkan kecekapan morfologi dan sintaksis serta menggunakan kamus bagi menyokong kemahiran bahasa. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai pengajian Islam.
PPPY1282 Kaedah Penyelidikan Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang kaedah melakukan penyelidikan dalam kajian masing-masing mengikut prosedur yang saintifik dan sistematik. Selain itu, kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar memahami kaedah penyelidikan yang sesuai bagi kajian mereka dan membantu dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan dengan lebih bermutu. Pelajar juga digalakkan untuk memahami setiap aspek pembelajaran supaya penyelidikan dapat dirancang dan dilunaskan dengan jaya. Kandungan kursus ini merangkumi kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, pernyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka kerja teoritikal dan kerangka kerja konseptual, populasi dan persampelan, pengumpulan data, penganalisisan data, penulisan rujukan dalam teks, senarai rujukan, transliterasi dan abstrak mengikut Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Pada akhir kursus ini, pelajar sarjana dan kedoktoran dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kaedah penyelidikan secara saintifik, sistematik dan inovatif. Pelajar sarjana berupaya menghuraikan dan menjustifikasikan penggunaan kaedah penyelidikan dalam melengkapkan proposal penyelidikan, manakala pelajar kedoktoran berupaya mensintesiskan kaedah penyelidikan dalam proposal penyelidikan.
PPPH4763 Gerakan Feminisme Islam Sesi 20242025 Sem 3 SET L1
Kursus ini membicarakan mengenai Gerakan Feminisme Islam yang sering dikaitkan dengan gerakan feminisme Barat. Perbincangan dimulai dengan pengenalan konsep gender terlebih dahulu sebelum mendalami konsep feminisme. Perbahasan bahagian gender merangkumi: konsep, terminologi, peranan dan isu-isu, dan teori-teori gender. Manakala bahagian feminisme merangkumi: pengenalan, gelombang dan aliran, penjenamaan, metodologi hermeneutik, konsep keadilan gender, dan faktor pertumbuhan dan sejarah perkembangan feminisme di Mesir, Turki, Iran, India, Pakistan, Bangladesh dan Malaysia. Kursus turut membahaskan ideologi perjuangan beberapa tokoh feminis terkenal di negara-negara tersebut.
PPPY1012 Bahasa Arab Praktikal Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini membimbing pelajar mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk komunikasi harian. Pelajar mampu berkomunikasi, berinteraksi dan bertukar maklumat peribadi dengan rakan, guru dan penutur asli sama ada secara terus atau melalui media sosial. Pelajar mampu menggunakan bahasa Arab dalam aktiviti harian. Pelajar dibimbing untuk meningkatkan kecekapan morfologi dan sintaksis bagi membantu komunikasi. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab pelajar.
PPPY1262 Sejarah dan Tamadun Islam Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini bertujuan meneliti secara menyeluruh setiap aspek utama
sejarah dan tamadun Islam di pelbagai negara dan kerajaan Islam, terutama di
Timur Tengah, Asia Tengah, Mesir dan Andalus. Perbincangan dimulakan dengan
Sirah Nabi Muhammad (s.a.w.) termasuk semua peristiwa penting dalam kehidupan
baginda dengan mengambil kira penulisan dan pandangan sejarawan awal dan
sarjana moden. Perbincangan selanjutnya menumpukan beberapa isu-isu penting
yang berlaku dalam era Khulafa’ al-Rasyidin yang bermula dengan
pelantikan Abu Bakr b. Abi Qahafah (r.a.) sebagai khalifah pertama pada tahun
11H/632M. Seterusnya, kursus ini membincangkan sejarah dan tamadun umat Islam
di pelbagai negara dan kerajaan Islam yang muncul sepanjang tempoh lebih kurang
empat ratus tahun bermula dengan Kerajaan Banu Umayyah pada tahun 41H/661M
sehingga pertengahan abad ke-20M, ketika kebanyakan wilayah pemerintahan Islam
dijajah kuasa Eropah. Di samping itu juga, kursus ini meliputi perkembangan dan
perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam sepanjang tempoh tersebut dalam
bidang politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi, termasuk perkembangan tamadun
Islam.
PPPY1162 Fiqh Ibadat & Munakahat Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini merupakan pengantar kepada pengajian fiqh dalam dua bahagian iaitu ibadat dan munakahat. Bahagian ibadat menyentuh ibadat umum dan khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, dan haji serta persoalan berkaitan dengan ibadat-ibadat tersebut. Manakala bahagian munakahat pula menyentuh pertunangan, perkahwinan, mas kahwin, perceraian, fasakh, khulu', ila', zihar, kesan perkahwinan seperti nafkah dan hadanah, rujuk dan perkara-perkara yang berkaitan. Penekanan kursus ini akan diberikan kepada mazhab Shafie.
PPPY1022 Bahasa Arab Akademik Asas Sesi 20242025 Sem 2 SET L2
Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincang, mengulas dan meringkaskan bahan pengajian bertulis atau audio visual. Pelajar dibimbing untuk memantapkan kecekapan morfologi dan sintaksis serta menggunakan kamus bagi menyokong kemahiran bahasa. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai pengajian Islam.
PPPH1013 Pengantar Falsafah Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini diperkenalkan sebagai pengenalan asas kepada kepada disiplin ilmu falsafah. Penekanan kursus ditumpukan kepada kepada empat komponen utama iaitu:
- Pertamanya difokuskan kepada pengertian falsafah dari aspek etimologi dan pelbagai sudut pandangan ahli falsafah dari pelbagai latar belakang sejarah dan geografi. Juga tumpuan diberikan kepada signifikan subjek falsafah dan metodologi pengkajian falsasah.
- Komponen kedua, subjek ini meneroka sejarah dan tabii falsafah klasik Greek bermula daripada era praSocrates, zaman Socrtaes terutamanya falsafah Plato, Aristotle seterusnya menyelongkari falsafah Neo-Platonisme, Abad Pertengahan, Zaman Moden dan berakhir dengan pascamoden.
- Komponen ketiga memfokuskan kepada persoalan atau subjek teras dalam falsafah iaitu metafizik, epistemologi, etika, falsafah agama, falsafah politik dan kemanusiaan.
- Komponen terakhir memfokuskan kepada Falsafah Islam yang meliputi biografi, karya dan failasof Islam di dunia Timur dan Barat.
PPPY1182 Akidah Islam Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini akan menganalisa persoalan-persoalan yang berkaitan dengan keperluan manusia kepada agama yang benar. Begitu juga ia menyentuh secara terperinci perbincangan mengenai ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat.
PPPY2012 Bahasa Arab Akademik Lanjutan Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik dan membuat pembentangan ilmiah. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dan klasik dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincangkan dan menilai bahan pengajian yang bertulis dan audio visual. Pelajar juga dilatih untuk bersoal-jawab, berhujah dan membuat pembentangan di hadapan khalayak. Pelajar didedahkan kepada penggunaan kamus klasik dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong keperluan akademik dalam pengajian Islam. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar untuk membina kemahiran akademik pelajar dalam pengajian Islam.
PPPY3012 Bahasa Arab Kerjaya Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan kerjaya dengan menumpukan kepada petuturan dan penulisan. Pelajar dilatih menggunakan bahasa Arab dalam aspek pentadbiran dan pengurusan mengikut keperluan kerjaya dan merentas bidang. Ini meliputi kemahiran temuduga, surat-menyurat, pembentangan profil organisasi, pengantaraan bahasa, khidmat pelanggan, pengurusan majlis, panggilan telefon, perundingan dan pelaporan. Pelajar dibimbing untuk menggunakan sumber internet bagi tujuan memantapkan kecekapan dalam urusan kerjaya.
PPPH1203 Logik Klasik dan Moden Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini memperkenalkan Ilmu Logik atau Ilmu
Mantik sebagai kaedah yang dapat menjaga
akal daripada tersalah dalam berfikir. Perbincangan meliputi 10 prinsip asas (mabādī
al-‘ashrah) bagi Ilmu Logik yang meliputi maksud, sejarah, tokoh, faedah,
hukum mempelajarinya, peranan akal serta hubungannya dengan wahyu dan
kaedah-kaedah logik klasik yang membincangkan al-Taṣawwurāt serta al-Tāṣdīqāt.
Kaedah-kaedah logik moden membincangkan metode deduktif, induktif dan
komparatif yang dapat diaplikasikan di dalam kehidupan.
PPPY1252 Pengantar Qiraat dan Hafazan Sesi 20242025 Sem 2 SET L1
Kursus ini membincangkan ilmu Tajwid al-Quran mengikut tariq al-Shatibiyyah. Perbincangan dan tatacara bacaan antara riwayat Haf’s an ’Asim tariq al-Shatibiyyah menjadi keutamaan. Perbincangan ilmu Tajwid ini difokuskan kepada 10 bab yang utama antaranya bab latarbelakang sejarah kemunculan ilmuTajwid, Isti’azah dan Basmalah, Makhraj Huruf, Sifat Huruf dan lain-lain. Manakala praktikal bacaan al-Quran pula akan diberikan pendedahan melalui hafazan beberapa surah pilihan di kelas tutorial.