PPPY1012 Bahasa Arab Praktikal Sesi 20242025 Sem 1 SET L2
Kursus ini membimbing pelajar mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk komunikasi harian. Pelajar mampu berkomunikasi, berinteraksi dan bertukar maklumat peribadi dengan rakan, guru dan penutur asli sama ada secara terus atau melalui media sosial. Pelajar mampu menggunakan bahasa Arab dalam aktiviti harian. Pelajar dibimbing untuk meningkatkan kecekapan morfologi dan sintaksis bagi membantu komunikasi. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab pelajar.
PPPY1192 Akhlak dan Tasawuf Sesi 20242025 Sem 1 SET L1
Kursus
ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan persekitaran umum akhlak Islamiyyah
dan tasawuf dengan memberikan penekanan khusus kepada peranan kedua-duanya
dalam proses pembangunan sahsiah Muslim. Pembicaraannya meliputi konsep nilai
dan sumber akhlak Islam serta kepentingannya dalam kehidupan insan, konsep dan
sumber tasawuf, proses pembersihan diri yang meliputi pembicaraan sekitar al-fada’il dan al-radha’il serta pengenalan kepada al-maqamat dan al-ahwal.
PPPY1172 Fiqh Mualamat & Jinayat Sesi 20242025 Sem 1 SET L1
Kursus ini merupakan pengantar kepada fiqh muamalat dan jenayah. Bahagian pertama membincangkan konsep al-mal, al-aqd, al-ahliyyah, kontrak pertukaran iaitu jual beli, ijarah dan ji`alah, kontrak perkongsian seperti musharakah, mudarabah, muzara'ah, dan musaqah, kontrak amanah dan kebajikan seperti rahn dan qard. Perbincangan juga menyentuh tentang hak dalam muamalat seperti hak penggunaan manfaat, hak al-shuf'ah, luqatah. Elemen-eleman utama yang ditegah dalam muamalat juga dibincang seperti, riba, gharar dan judi. Bahagian kedua pula membincangkan fiqh jenayah dengan penekanan kepada jenayah hudud dan takzir di samping menyentuh beberapa jenayah semasa yang berkaitan. Penekanan kursus adalah kepada pendapat mazhab Syafie.
PPPY1262 Sejarah dan Tamadun Islam Sesi 20242025 Sem 1 SET L2
Kursus ini bertujuan meneliti secara menyeluruh setiap aspek utama
sejarah dan tamadun Islam di pelbagai negara dan kerajaan Islam, terutama di
Timur Tengah, Asia Tengah, Mesir dan Andalus. Perbincangan dimulakan dengan
Sirah Nabi Muhammad (s.a.w.) termasuk semua peristiwa penting dalam kehidupan
baginda dengan mengambil kira penulisan dan pandangan sejarawan awal dan
sarjana moden. Perbincangan selanjutnya menumpukan beberapa isu-isu penting
yang berlaku dalam era Khulafa’ al-Rasyidin yang bermula dengan
pelantikan Abu Bakr b. Abi Qahafah (r.a.) sebagai khalifah pertama pada tahun
11H/632M. Seterusnya, kursus ini membincangkan sejarah dan tamadun umat Islam
di pelbagai negara dan kerajaan Islam yang muncul sepanjang tempoh lebih kurang
empat ratus tahun bermula dengan Kerajaan Banu Umayyah pada tahun 41H/661M
sehingga pertengahan abad ke-20M, ketika kebanyakan wilayah pemerintahan Islam
dijajah kuasa Eropah. Di samping itu juga, kursus ini meliputi perkembangan dan
perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam sepanjang tempoh tersebut dalam
bidang politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi, termasuk perkembangan tamadun
Islam.
PPPY1162 Fiqh Ibadat & Munakahat Sesi 20242025 Sem 1 SET L2
Kursus ini merupakan pengantar kepada pengajian fiqh dalam dua bahagian iaitu ibadat dan munakahat. Bahagian ibadat menyentuh ibadat umum dan khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, dan haji serta persoalan berkaitan dengan ibadat-ibadat tersebut. Manakala bahagian munakahat pula menyentuh pertunangan, perkahwinan, mas kahwin, perceraian, fasakh, khulu', ila', zihar, kesan perkahwinan seperti nafkah dan hadanah, rujuk dan perkara-perkara yang berkaitan. Penekanan kursus ini akan diberikan kepada mazhab Shafie.
PPPH2213 Kajian Tafsir Sesi 20242025 Sem 1 SET L1
Kursus ini diperkenalkan sebagai pengenalan asas kepada kepada disiplin ilmu tafsir. Penekanan kursus ditumpukan kepada kepada tiga komponen utama iaitu, pertamanya difokuskan kepada perkembangan tafsir, pengenalan kepada tafsir-tafsir muktabar, pembahagiannya dari sudut metodologi-metodologi dalam mentafsirkan al-Quran bermula dengan metodologi tahlili, seterusnya metodologi mawduie dan juga metodologi tafsir muqarin. Seterusnya pengaplikasian setiap daripada metodogi-metodologi tersebut daripada ayat-ayat al-Quran , surah-surah al-Quran dan juga daripada ahli-ahli tafsir al-Quran. Selain itu kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar mengaplikasi teknologi pendidikan terbuka termasuk open educational resources (OER) dan Web 2.0 bagi memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.
PPPH3203 Pemikiran Islam Semasa Sesi 20242025 Sem 1 SET L1
Kursus ini membincang dan
mendiskusikan konsep dasar pemikiran Islam semasa dari sudut konsep umum
dan teori pemikiran Islam, tajdid dan islah dalam pemikiran Islam, aliran-aliran
dalam pemikiran Islam yang dipilih untuk menjadi fokus perbincangan iaitu Tradisionalisme-Konservatisme
Islam, Modenisme Islam dan
Fundamentalisme Islam. Perbahasan seterusnya meliputi sejarah dan warisan pemikiran Islam
sehingga hari ini yang menjadi tonggak kekuatan Islam, tokoh-tokoh pemikir
Islam yang berpengaruh di era moden dan respons mereka serta isu-isu penting
yang menjadi kepentingan dalam wacana pemikiran Islam semasa di dunia dan di
Malaysia.
PPPY1022 Bahasa Arab Akademik Asas Sesi 20232024 Sem 3 SET L1
Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincang, mengulas dan meringkaskan bahan pengajian bertulis atau audio visual. Pelajar dibimbing untuk memantapkan kecekapan morfologi dan sintaksis serta menggunakan kamus bagi menyokong kemahiran bahasa. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai pengajian Islam.
PPPY1262 Sejarah dan Tamadun Islam Sesi 20232024 Sem 3 SET L1
Kursus ini bertujuan meneliti secara menyeluruh setiap aspek utama
sejarah dan tamadun Islam di pelbagai negara dan kerajaan Islam, terutama di
Timur Tengah, Asia Tengah, Mesir dan Andalus. Perbincangan dimulakan dengan
Sirah Nabi Muhammad (s.a.w.) termasuk semua peristiwa penting dalam kehidupan
baginda dengan mengambil kira penulisan dan pandangan sejarawan awal dan
sarjana moden. Perbincangan selanjutnya menumpukan beberapa isu-isu penting
yang berlaku dalam era Khulafa’ al-Rasyidin yang bermula dengan
pelantikan Abu Bakr b. Abi Qahafah (r.a.) sebagai khalifah pertama pada tahun
11H/632M. Seterusnya, kursus ini membincangkan sejarah dan tamadun umat Islam
di pelbagai negara dan kerajaan Islam yang muncul sepanjang tempoh lebih kurang
empat ratus tahun bermula dengan Kerajaan Banu Umayyah pada tahun 41H/661M
sehingga pertengahan abad ke-20M, ketika kebanyakan wilayah pemerintahan Islam
dijajah kuasa Eropah. Di samping itu juga, kursus ini meliputi perkembangan dan
perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam sepanjang tempoh tersebut dalam
bidang politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi, termasuk perkembangan tamadun
Islam.
PPPY1162 Fiqh Ibadat & Munakahat Sesi 20232024 Sem 3 SET L1
Kursus ini merupakan pengantar kepada pengajian fiqh dalam dua bahagian iaitu ibadat dan munakahat. Bahagian ibadat menyentuh ibadat umum dan khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, dan haji serta persoalan berkaitan dengan ibadat-ibadat tersebut. Manakala bahagian munakahat pula menyentuh pertunangan, perkahwinan, mas kahwin, perceraian, fasakh, khulu', ila', zihar, kesan perkahwinan seperti nafkah dan hadanah, rujuk dan perkara-perkara yang berkaitan. Penekanan kursus ini akan diberikan kepada mazhab Shafie.
PPPH3013 Ilmu Tasawuf Sesi 20232024 Sem 3 SET L1
Kursus
ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan ilmu tasawuf. Ilmu ini adalah subjek
yang penting dalam kurikulum pengajian Islam kerana hubungan dua hala yang
dimiliki olehnya. Pertama, hubungan sebagai pelengkap dalam pembelajaran
ilmu-ilmu Islam. Ini bermaksud, pengajian Islam yang dilalui oleh pelajar
Muslim tidak akan lengkap dan sempurna jika tidak mencakupi pembelajaran ilmu
ini. Kedua, ilmu tasawuf ini mempunyai hubungan dengan kehidupan setiap Muslim.
Ini bermaksud, pembelajaran ilmu ini bukan terhenti kepada pembelajaran teori
dan ilmu sahaja, tetapi ia bersifat amali yang perlu dijadikan sebagai panduan
dalam kehidupan hingga membantu proses pembangunan sahsiah Muslim. Oleh kerana
itu, modul ini merangkumi terbahagi kepada dua tema besar iaitu ilmu dan amal,
teori dan amali.
PPPY1222 Metodologi Dakwah Sesi 20232024 Sem 3 SET L1
Kursus ini mengandungi kajian dan huraian di sekitar pengertian dakwah, keperluan manusia kepada dakwah dan hukum berdakwah serta pelaksanaannya menurut al-Quran dan al-Sunnah. Dihuraikan juga konsep-konsep utama bagi dakwah Islamiah dan hubungannya dengan dakwah terdahulu serta ciri-ciri kesempurnaan, penamat dan sejagat bagi dakwah Islamiah. Huraian tentang pendakwah dan sasaran dakwah juga dititikberatkan untuk melihat masalah yang timbul daripada kedua objek ini dalam dakwah Islamiah. Perbincangan tentang pendekatan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat dikenal pasti untuk dijadikan model dalam pendekatan dakwah.
PPPH2203 Falsafah Islam Sesi 20232024 Sem 3 SET L1
Kursus ini bertujuan memberikan gambaran yang jelas mengenai Falsafah Islam dari segi sumber dan beberapa persoalan utama yang dibincangkan oleh ahli falsafah Islam serta beberapa kritikan terhadapnya. Antara kandungan kursus merangkumi sejarah pertumbuhan dan perkembangan falsafah Islam di Timur dan Barat, ketulenan falsafah Islam dan unsur-unsur luaran serta penganalisaan terhadap beberapa konsep dalam Falsafah Islam seperti ketuhanan, kenabian, kebahagiaan, baik dan buruk dan konsep kemasyarakatan dan kenegaraan berdasarkan tulisan beberapa tokoh falsafah Islam terkenal, seperti al-Kindī, al-Farābi, Ibn Sinā, Al-Ghazali dan Ibn Rushd. Kursus ini juga mengkaji kesinambungan idea-idea Falsafah Islam dalam konteks masa kini berdasarkan pemikiran beberapa ahli falsafah Islam semasa.
PPPY1012 Bahasa Arab Praktikal Sesi 20232024 Sem 2 SET L1
Kursus ini membimbing pelajar mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk komunikasi harian. Pelajar mampu berkomunikasi, berinteraksi dan bertukar maklumat peribadi dengan rakan, guru dan penutur asli sama ada secara terus atau melalui media sosial. Pelajar mampu menggunakan bahasa Arab dalam aktiviti harian. Pelajar dibimbing untuk meningkatkan kecekapan morfologi dan sintaksis bagi membantu komunikasi. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab pelajar.
PPPY2012 Bahasa Arab Akademik Lanjutan Sesi 20232024 Sem 2 SET L1
Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik dan membuat pembentangan ilmiah. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dan klasik dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincangkan dan menilai bahan pengajian yang bertulis dan audio visual. Pelajar juga dilatih untuk bersoal-jawab, berhujah dan membuat pembentangan di hadapan khalayak. Pelajar didedahkan kepada penggunaan kamus klasik dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong keperluan akademik dalam pengajian Islam. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar untuk membina kemahiran akademik pelajar dalam pengajian Islam.
PPPH2003 Kajian Hadis Sesi 20232024 Sem 2 SET L1
Kursus ini membahaskan secara tahlili (kajian analisis) hadis-hadis berhubung dengan akidah, ilmu, akhlak, keluarga dan masyarakat. Kajian merangkumi tahkrij hadis serta istinbat hukum daripada hadis. Pelajar akan didedahkan dengan amali kaedah mentakhrij hadis menggunakan kaedah paling mudah berasaskan kitab al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadis al-Nabawi. Selain itu, para pelajar juga akan diperkenalkan dengan karya-karya Syuruh al-hadis terutamanya kitab syarah bagi enam kitab hadis utama (al-kutub al-sittah) dengan pengenalan asas kitab-kitab tersebut serta amali syarah hadis secara ringkas.
PPPY1242 Metodologi Al-Quran dan Al-Hadis Sesi 20232024 Sem 1 SET L1
Kursus ini membincangkan mengenai pengenalan, skop perbincangan dan perkembangan Ulum al-Quran dan tafsir, beberapa aliran dalam tafsir dan beberapa isu semasa berkenaan al-Quran. Kursus ini juga membincangkan pengenalan, skop perbincangan dan perkembangan Ulum al-Hadith terutamanya yang bersangkutan dengan sanad dan matan, jenis-jenis hadith yang diterima dan ditolak dan beberapa isu semasa berkenaan hadith.
PPPH1013 Pengantar Falsafah Sesi 20232024 Sem 1 SET L1
Kursus ini diperkenalkan sebagai pengenalan asas kepada kepada disiplin ilmu falsafah. Penekanan kursus ditumpukan kepada kepada empat komponen utama iaitu:
- Pertamanya difokuskan kepada pengertian falsafah dari aspek etimologi dan pelbagai sudut pandangan ahli falsafah dari pelbagai latar belakang sejarah dan geografi. Juga tumpuan diberikan kepada signifikan subjek falsafah dan metodologi pengkajian falsasah.
- Komponen kedua, subjek ini meneroka sejarah dan tabii falsafah klasik Greek bermula daripada era praSocrates, zaman Socrtaes terutamanya falsafah Plato, Aristotle seterusnya menyelongkari falsafah Neo-Platonisme, Abad Pertengahan, Zaman Moden dan berakhir dengan pascamoden.
- Komponen ketiga memfokuskan kepada persoalan atau subjek teras dalam falsafah iaitu metafizik, epistemologi, etika, falsafah agama, falsafah politik dan kemanusiaan.
- Komponen terakhir memfokuskan kepada Falsafah Islam yang meliputi biografi, karya dan failasof Islam di dunia Timur dan Barat.
PPPY1182 Akidah Islam Sesi 20232024 Sem 1 SET L1
Kursus ini akan menganalisa persoalan-persoalan yang berkaitan dengan keperluan manusia kepada agama yang benar. Begitu juga ia menyentuh secara terperinci perbincangan mengenai ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat.
PPPY1192 Akhlak dan Tasawuf Sesi 20222023 Sem 3 SET L1