跳到主要内容

ODLUKM

Selamat Datang ke Pelantar Interaktif Maya
简体中文 ‎(zh_cn)‎
Bahasa Melayu ‎(ms)‎ English ‎(en)‎ English (United States) ‎(en_us)‎ Tamil ‎(ta)‎ العربية ‎(ar)‎ 简体中文 ‎(zh_cn)‎
登录
Kursus
  1. 首页
  2. 课程
  3. Fakulti Pengajian Islam
  4. Sarjana Muda
  5. Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)

Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)

  • 1 (current)
  • 2
  • 3
  • 4
  • » 下一个

PPPY1022 Bahasa Arab Akademik Asas Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincang, mengulas dan meringkaskan bahan pengajian bertulis atau audio visual. Pelajar dibimbing untuk memantapkan kecekapan morfologi dan sintaksis serta menggunakan kamus bagi menyokong kemahiran bahasa. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai pengajian Islam.

K006910MOKTAR BIN HUSSAINK017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPAK019605FAIZAH BINTI JUSOH
Teachers
  • K006910MOKTAR BIN HUSSAINK006910MOKTAR BIN HUSSAIN
  • K017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPAK017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPA
  • K019605FAIZAH BINTI JUSOHK019605FAIZAH BINTI JUSOH
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPH2003 Kajian Hadis Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini membahaskan secara tahlili (kajian analisis) hadis-hadis berhubung dengan akidah, ilmu, akhlak, keluarga dan masyarakat. Kajian merangkumi tahkrij hadis serta istinbat hukum daripada hadis. Pelajar akan didedahkan dengan amali kaedah mentakhrij hadis menggunakan kaedah paling mudah berasaskan kitab al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadis al-Nabawi. Selain itu, para pelajar juga akan diperkenalkan dengan karya-karya Syuruh al-hadis terutamanya kitab syarah bagi enam kitab hadis utama (al-kutub al-sittah) dengan pengenalan asas kitab-kitab tersebut serta amali syarah hadis secara ringkas.



KS18821SIDDIG AHMAD
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1192 Akhlak dan Tasawuf Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan persekitaran umum akhlak Islamiyyah dan tasawuf dengan memberikan penekanan khusus kepada peranan kedua-duanya dalam proses pembangunan sahsiah Muslim. Pembicaraannya meliputi konsep nilai dan sumber akhlak Islam serta kepentingannya dalam kehidupan insan, konsep dan sumber tasawuf, proses pembersihan diri yang meliputi pembicaraan sekitar al-fada’il dan al-radha’il serta pengenalan kepada al-maqamat dan al-ahwal.

K015840NOZIRA BINTI SALLEH
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1172 Fiqh Mualamat Dan Jinayat Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini merupakan pengantar kepada fiqh muamalat dan jenayah. Bahagian pertama membincangkan konsep al-mal, al-aqd, al-ahliyyah, kontrak pertukaran iaitu jual beli, ijarah dan ji`alah, kontrak perkongsian seperti musharakah, mudarabah, muzara'ah, dan musaqah,  kontrak amanah dan kebajikan seperti rahn  dan qard. Perbincangan juga menyentuh tentang hak dalam muamalat seperti hak penggunaan manfaat, hak al-shuf'ah, luqatah. Elemen-eleman utama yang ditegah dalam muamalat juga dibincang seperti, riba, gharar dan judi. Bahagian kedua pula membincangkan fiqh jenayah dengan penekanan kepada jenayah hudud dan takzir di samping menyentuh beberapa jenayah semasa yang berkaitan. Penekanan kursus adalah kepada pendapat mazhab Syafie. 

K006898SHOFIAN BIN AHMADK007184ZAMZURI BIN ZAKARIAK019488NORHONEYDAYATIE BINTI ABDUL MANAP
Teachers
  • K006898SHOFIAN BIN AHMADK006898SHOFIAN BIN AHMAD
  • K007184ZAMZURI BIN ZAKARIAK007184ZAMZURI BIN ZAKARIA
  • K019488NORHONEYDAYATIE BINTI ABDUL MANAPK019488NORHONEYDAYATIE BINTI ABDUL MANAP
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1242 Metodologi Al-Quran dan Al-Hadis Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini membincangkan mengenai pengenalan, skop perbincangan dan perkembangan Ulum al-Quran dan tafsir, beberapa aliran dalam tafsir dan beberapa isu semasa berkenaan al-Quran. Kursus ini juga membincangkan pengenalan, skop perbincangan dan perkembangan Ulum al-Hadith terutamanya yang bersangkutan dengan sanad dan matan, jenis-jenis hadith yang diterima dan ditolak dan beberapa isu semasa berkenaan hadith.

K023314MOHD MANAWI BIN MOHD AKIB
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPH3013 Ilmu Tasawuf Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan ilmu tasawuf. Ilmu ini adalah subjek yang penting dalam kurikulum pengajian Islam kerana hubungan dua hala yang dimiliki olehnya. Pertama, hubungan sebagai pelengkap dalam pembelajaran ilmu-ilmu Islam. Ini bermaksud, pengajian Islam yang dilalui oleh pelajar Muslim tidak akan lengkap dan sempurna jika tidak mencakupi pembelajaran ilmu ini. Kedua, ilmu tasawuf ini mempunyai hubungan dengan kehidupan setiap Muslim. Ini bermaksud, pembelajaran ilmu ini bukan terhenti kepada pembelajaran teori dan ilmu sahaja, tetapi ia bersifat amali yang perlu dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan hingga membantu proses pembangunan sahsiah Muslim. Oleh kerana itu, modul ini merangkumi terbahagi kepada dua tema besar iaitu ilmu dan amal, teori dan amali.

K015840NOZIRA BINTI SALLEHMohamad RamliDr Yusri
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1282 Kaedah Penyelidikan Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang kaedah melakukan penyelidikan dalam kajian masing-masing mengikut prosedur yang saintifik dan sistematik. Selain itu, kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar memahami kaedah penyelidikan yang sesuai bagi kajian mereka dan membantu dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan dengan lebih bermutu. Pelajar juga digalakkan untuk memahami setiap aspek pembelajaran supaya penyelidikan dapat dirancang dan dilunaskan dengan jaya. Kandungan kursus ini merangkumi kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, pernyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka kerja teoritikal dan kerangka kerja konseptual, populasi dan persampelan, pengumpulan data, penganalisisan data, penulisan rujukan dalam teks, senarai rujukan, transliterasi dan abstrak mengikut Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Pada akhir kursus ini, pelajar sarjana dan kedoktoran dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kaedah penyelidikan secara saintifik, sistematik dan inovatif. Pelajar sarjana berupaya menghuraikan dan menjustifikasikan penggunaan kaedah penyelidikan dalam melengkapkan proposal penyelidikan, manakala pelajar kedoktoran berupaya mensintesiskan kaedah penyelidikan dalam proposal penyelidikan. 

K016289AHMAD MUNAWAR BIN ISMAIL
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPH4763 Gerakan Feminisme Islam Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini membicarakan mengenai Gerakan Feminisme Islam yang sering dikaitkan dengan gerakan feminisme Barat. Perbincangan dimulai dengan pengenalan konsep gender terlebih dahulu sebelum mendalami konsep feminisme. Perbahasan bahagian gender merangkumi: konsep, terminologi, peranan dan isu-isu, dan teori-teori gender. Manakala bahagian feminisme merangkumi: pengenalan, gelombang dan aliran, penjenamaan, metodologi hermeneutik, konsep keadilan gender, dan faktor pertumbuhan dan sejarah perkembangan feminisme di Mesir, Turki, Iran, India, Pakistan, Bangladesh dan Malaysia. Kursus turut membahaskan ideologi perjuangan beberapa tokoh feminis terkenal di negara-negara tersebut.

KS20399INDRIATY BINTI ISMAIL
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPH3123 Kajian Ajaran Sesat Sesi 20242025 Sem 3 SET L1

Kursus ini bertujuan untuk mengenal, mendedah dan membincangkan ajaran-ajaran salah dari perspektif Islam. Beberapa isu dan persoalan utama akan dibincangkan dalam kursus ini meliputi sejarah kemunculan ajaran sesat di Malaysia dan kaitannya dengan ilmu tasawuf dan tarekat, permasalah berkaitan makrifah, wahdat al-wujud, Batiniah, penyelewengan penggunaan sumber-sumber serta pendedahan pelbagai kumpulan yang berkaitan dengan ajaran salah.

K005987KAMARUDIN BIN SALLEH
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1012 Bahasa Arab Praktikal Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini membimbing pelajar mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk komunikasi harian. Pelajar mampu berkomunikasi, berinteraksi dan bertukar maklumat peribadi dengan rakan, guru dan penutur asli sama ada secara terus atau melalui media sosial. Pelajar mampu menggunakan bahasa Arab dalam aktiviti harian. Pelajar dibimbing untuk meningkatkan kecekapan morfologi dan sintaksis bagi membantu komunikasi. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab pelajar.

AbdullahDr. IbtisamK022802MUHAMMAD NAZRI BIN ROSTAM
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1262 Sejarah dan Tamadun Islam Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini bertujuan meneliti secara menyeluruh setiap aspek utama sejarah dan tamadun Islam di pelbagai negara dan kerajaan Islam, terutama di Timur Tengah, Asia Tengah, Mesir dan Andalus. Perbincangan dimulakan dengan Sirah Nabi Muhammad (s.a.w.) termasuk semua peristiwa penting dalam kehidupan baginda dengan mengambil kira penulisan dan pandangan sejarawan awal dan sarjana moden. Perbincangan selanjutnya menumpukan beberapa isu-isu penting yang berlaku dalam era Khulafa’ al-Rasyidin yang bermula dengan pelantikan Abu Bakr b. Abi Qahafah (r.a.) sebagai khalifah pertama pada tahun 11H/632M. Seterusnya, kursus ini membincangkan sejarah dan tamadun umat Islam di pelbagai negara dan kerajaan Islam yang muncul sepanjang tempoh lebih kurang empat ratus tahun bermula dengan Kerajaan Banu Umayyah pada tahun 41H/661M sehingga pertengahan abad ke-20M, ketika kebanyakan wilayah pemerintahan Islam dijajah kuasa Eropah. Di samping itu juga, kursus ini meliputi perkembangan dan perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam sepanjang tempoh tersebut dalam bidang politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi, termasuk perkembangan tamadun Islam.

Abul Hassan AshariDr. Mohamad Zulfazdlee
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1162 Fiqh Ibadat dan; Munakahat Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini merupakan pengantar kepada pengajian fiqh dalam dua bahagian iaitu ibadat dan munakahat. Bahagian ibadat menyentuh ibadat umum dan khusus seperti  sembahyang, puasa, zakat, dan haji serta persoalan berkaitan dengan ibadat-ibadat tersebut. Manakala bahagian munakahat pula menyentuh pertunangan, perkahwinan, mas kahwin, perceraian, fasakh, khulu', ila', zihar,  kesan perkahwinan seperti  nafkah dan hadanah, rujuk dan perkara-perkara yang berkaitan.  Penekanan kursus ini akan diberikan kepada mazhab Shafie.

AliasDr. Muhammad Nazir
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1022 Bahasa Arab Akademik Asas Sesi 20242025 Sem 2 SET L2

Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincang, mengulas dan meringkaskan bahan pengajian bertulis atau audio visual. Pelajar dibimbing untuk memantapkan kecekapan morfologi dan sintaksis serta menggunakan kamus bagi menyokong kemahiran bahasa. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai pengajian Islam.

K006910MOKTAR BIN HUSSAINK017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPAK019605FAIZAH BINTI JUSOH
Teachers
  • K006910MOKTAR BIN HUSSAINK006910MOKTAR BIN HUSSAIN
  • K017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPAK017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPA
  • K019605FAIZAH BINTI JUSOHK019605FAIZAH BINTI JUSOH
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPH1013 Pengantar Falsafah Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini diperkenalkan sebagai pengenalan asas kepada kepada disiplin ilmu falsafah. Penekanan kursus ditumpukan kepada kepada empat komponen utama iaitu:

  1. Pertamanya difokuskan kepada pengertian falsafah dari aspek etimologi dan pelbagai sudut pandangan ahli falsafah dari pelbagai latar belakang sejarah dan geografi. Juga tumpuan diberikan kepada signifikan subjek falsafah dan metodologi pengkajian falsasah. 
  2. Komponen kedua, subjek ini meneroka sejarah dan tabii falsafah klasik Greek bermula daripada era praSocrates, zaman Socrtaes terutamanya falsafah Plato, Aristotle seterusnya menyelongkari falsafah  Neo-Platonisme, Abad Pertengahan, Zaman Moden dan berakhir dengan pascamoden. 
  3. Komponen ketiga memfokuskan kepada persoalan atau subjek teras dalam falsafah iaitu metafizik, epistemologi, etika, falsafah agama, falsafah politik dan kemanusiaan. 
  4. Komponen terakhir memfokuskan kepada Falsafah Islam yang meliputi biografi, karya dan failasof Islam di dunia Timur dan Barat.

K005868AHMAD SUNAWARI BIN LONGKS11164AHMAD SUNAWARI LONG
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1182 Akidah Islam Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini akan menganalisa persoalan-persoalan yang berkaitan dengan keperluan manusia kepada agama yang benar. Begitu juga ia menyentuh secara terperinci perbincangan mengenai ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat.

K020609MOHD HAIDHAR BIN KAMARZAMAN
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY2012 Bahasa Arab Akademik Lanjutan Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik dan membuat pembentangan ilmiah. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dan klasik dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincangkan dan menilai bahan pengajian yang bertulis dan audio visual. Pelajar juga dilatih untuk bersoal-jawab, berhujah dan membuat pembentangan di hadapan khalayak. Pelajar didedahkan kepada penggunaan kamus klasik dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong keperluan akademik dalam pengajian Islam. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar untuk membina kemahiran akademik pelajar dalam pengajian Islam.


En. KhairuzamanEn. KhairuzamanEn. Zulkifli bin NawawiEn. Zulkifli bin NawawiK017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPA
Teachers
  • En. KhairuzamanEn. KhairuzamanEn. KhairuzamanEn. Khairuzaman
  • En. Zulkifli bin NawawiEn. Zulkifli bin NawawiEn. Zulkifli bin NawawiEn. Zulkifli bin Nawawi
  • K017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPAK017784NUR SYAZWINA BINTI MUSTAPA
  • K021205NURUL ATIQAH BINTI MOHD RADZIK021205NURUL ATIQAH BINTI MOHD RADZI
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY3012 Bahasa Arab Kerjaya Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan kerjaya dengan menumpukan kepada petuturan dan penulisan. Pelajar dilatih menggunakan bahasa Arab dalam aspek pentadbiran dan pengurusan mengikut keperluan kerjaya dan merentas bidang. Ini meliputi kemahiran temuduga,  surat-menyurat, pembentangan profil organisasi, pengantaraan bahasa, khidmat pelanggan, pengurusan majlis, panggilan telefon, perundingan dan pelaporan. Pelajar dibimbing untuk menggunakan sumber internet bagi tujuan memantapkan kecekapan dalam urusan kerjaya.


K017785ZURAIDA BINTI SHAADONK021288MARYAM BINTI ABDUL RAHMANK022008MOHAMAD AZWAN BIN KAMARUDIN
Teachers
  • K017785ZURAIDA BINTI SHAADONK017785ZURAIDA BINTI SHAADON
  • K021288MARYAM BINTI ABDUL RAHMANK021288MARYAM BINTI ABDUL RAHMAN
  • K022008MOHAMAD AZWAN BIN KAMARUDINK022008MOHAMAD AZWAN BIN KAMARUDIN
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPH3023 Perbandingan Agama Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

K006133JAFFARY BIN AWANGK016581NUR FARHANA BINTI ABDUL RAHMANMohamad RamliDr Yusri
Teachers
  • K006133JAFFARY BIN AWANGK006133JAFFARY BIN AWANG
  • K016581NUR FARHANA BINTI ABDUL RAHMANK016581NUR FARHANA BINTI ABDUL RAHMAN
  • Mohamad RamliDr YusriMohamad RamliDr Yusri
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPH1203 Logik Klasik dan Moden Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini memperkenalkan Ilmu Logik atau Ilmu Mantik  sebagai kaedah yang dapat menjaga akal daripada tersalah dalam berfikir. Perbincangan meliputi 10 prinsip asas (mabādī al-‘ashrah) bagi Ilmu Logik yang meliputi maksud, sejarah, tokoh, faedah, hukum mempelajarinya, peranan akal serta hubungannya dengan wahyu dan kaedah-kaedah logik klasik yang membincangkan al-Taṣawwurāt serta al-Tāṣdīqāt. Kaedah-kaedah logik moden membincangkan metode deduktif, induktif dan komparatif yang dapat diaplikasikan di dalam kehidupan.

K020668WAN HASLAN BIN KHAIRUDDIN
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access

PPPY1252 Pengantar Qiraat dan Hafazan Sesi 20242025 Sem 2 SET L1

Kursus ini membincangkan ilmu Tajwid al-Quran mengikut tariq al-Shatibiyyah. Perbincangan dan tatacara bacaan antara riwayat Haf’s an ’Asim tariq al-Shatibiyyah menjadi keutamaan. Perbincangan ilmu Tajwid ini difokuskan kepada 10 bab yang utama antaranya bab latarbelakang sejarah kemunculan ilmuTajwid, Isti’azah dan Basmalah, Makhraj Huruf, Sifat Huruf dan lain-lain. Manakala praktikal bacaan al-Quran pula akan diberikan pendedahan melalui hafazan beberapa surah pilihan di kelas tutorial.


K007076ASHRAF BIN ISMAIL
Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Get access
  • 1 (current)
  • 2
  • 3
  • 4
  • » 下一个
  • 首页
List kursus

Lain - lain Navigasi

  • SMP UKM
  • Trafik UKM
Center for Shaping Advanced and Professional Education (UKMShape) | Open and Distance Learning (ODL) UKM
Permasalahan/Aduan berkaitan Platform LMS ODL - Virtual Interactive Platform (VIP); sila hubungi kami melalui:
helpdesk.odl@ukm.edu.my | +60 10-807 0049
Lain-lain Permasalahan/Aduan: Klik disini.
ODLUKM