EPPM1123 Pengantar Pemasaran
Kursus ini merupakan suatu pengenalan kepada dunia pemasaran. Ianya membolehkan para pelajar mengenali dan memahami konsep-konsep asas dan falsafah pemasaran, memberi kefahaman tentang kuasa-kuasa yang ada di persekitaran pemasaran, dan kepentingan tentang kelakuan pengguna dalam pemasaran. Pelajar juga akan didedahkan tentang bagaimana pihak pemasar bertindak memetakkan pasaran, mensasarkannya dan memposisikan produk di kaca mata pengguna. Elemen-elemen campuran pemasaran iaitu keluaran, harga, saluran pengagihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai 4P’s serta strategi-strategi dan keputusan-keputusan yang perlu dilakukan oleh pihak pemasar juga turut didedahkan. Pendedahan juga akan diberikan kepada asas-asas pemasaran antarabangsa. Selain itu, pelajar juga akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan menjalankan perniagaan sebenar. Pelajar juga akan didedahkan dengan dunia pemasaran sebenar melalui perkongsian pengalaman individu tertentu di dalam industri.