LMCR3482 : e-Sukan Sesi 20252026 Sem 1 SET L1

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia eSukan sebagai satu industri digital yang pesat membangun dan berimpak tinggi. Pelajar akan didedahkan kepada sejarah, konsep asas, dan evolusi eSukan, termasuk peranan pemain profesional, pasukan, penganjur kejohanan serta struktur industri global dan tempatan. Selain itu, kursus ini membincangkan aspek pengurusan acara eSukan, penggunaan teknologi, strategi pemasaran, serta isu-isu sosial, etika dan kesihatan yang berkaitan dengan komuniti eSukan. Pendekatan kursus ini juga menekankan pembangunan kemahiran insaniah melalui penghasilan tugasan multimedia, refleksi kritikal dan analisis kes yang berkaitan. Melalui pemahaman menyeluruh ini, pelajar dapat menilai potensi eSukan sebagai kerjaya dan sebagai pemacu ekonomi digital dalam masyarakat moden.

LMCR2222 Hubungan Insan Sesi 20242025 Sem 1 SET L2

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar asas hubungan insan serta kepentingan mewujudkan hubungan insan yang berkesan dalam konteks masa kini. Penekanan akan diberikan kepada personaliti, komunikasi, motivasi, kerja berpasukan dan menangani konflik dalam pelbagai konteks. Kursus akan diadakan dalam bentuk kuliah, seminar dan kerja lapangan. Tumpuan utama kursus ini  adalah untuk membolehkan pelajar menerapkan pengetahuan dan mengaplikasikan hubungan insan yang lebih positif dalam kehidupan seharian

WAN ZULKIFLI BIN WAN HASSAN K014666

LMCR2222 Hubungan Insan

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar asas hubungan insan serta kepentingan mewujudkan hubungan insan yang berkesan dalam konteks masa kini. Penekanan akan diberikan kepada personaliti, komunikasi, motivasi, kerja berpasukan dan menangani konflik dalam pelbagai konteks. Kursus akan diadakan dalam bentuk kuliah, seminar dan kerja lapangan. Tumpuan utama kursus ini  adalah untuk membolehkan pelajar menerapkan pengetahuan dan mengaplikasikan hubungan insan yang lebih positif dalam kehidupan seharian

Ardilla Muhammad Asri

LMCR3362 Perlembagaan dan Masyarakat Sesi 20232024 Sem 2 SET L1

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar mengenai tujuan dan peranan perlembagaan dalam masyarakat. Pelajar akan didedahkan mengenai konsep, teori dan latar belakang perlembagaan. Perkara-perkara yang mendasari perlembagaan juga akan diterangkan seperti keluhuran perlembagaan, hak kebebasan, doktrin pengasingan kuasa, federalisme, ketertinggian perlembagaan, konvensyen perlembagaan dan diskriminasi perlindungan serta kontrak sosial. Selain itu, tumpuan khusus akan diberikan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri seperti agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, institusi beraja dan perbandingan dengan perlembagaan di negara-negara lain. Penekanan juga akan diberikan kepada fungsi utama kerajaan dan tanggungjawab masyarakat menurut perlembagaan serta Islam dan Perlembagaan. Secara keseluruhannya, pendedahan mengenai kursus ini dilihat dari perspektif sejarah, budaya, agama, politik, undang-undang dan hubungan etnik. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, dan Service Learning.

Prof. Madya Dr. Nazri Prof. Madya Dr. Nazri

LMCR3482 : e-Sukan