Kursus ini merangkumi hubungan bidang falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Kursus ini bertujuan agar pelajar dapat memahami bidang falsafah sebagai alat untuk mengharmonikan budaya pemikiran tentang kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Perbincangan mengenai isu semasa dibuat melalui perspektif perbandingan antara falsafah, sains dan peradaban.
The course aims to enhance students English language skills with emphasis on reading, and communicating in general as well as academic contexts. The course adopts an integrated skill-based approach.
Kursus ini membincang dan mendiskusikan konsep dasar pemikiran Islam semasa dari sudut konsep umum dan teori pemikiran Islam, tajdid dan islah dalam pemikiran Islam, aliran-aliran dalam pemikiran Islam yang dipilih untuk menjadi fokus perbincangan iaitu Tradisionalisme-Konservatisme Islam, Modenisme Islam dan Fundamentalisme Islam.Perbahasan seterusnya meliputi sejarah dan warisan pemikiran Islam sehingga hari ini yang menjadi tonggak kekuatan Islam, tokoh-tokoh pemikir Islam yang berpengaruh di era moden dan respons mereka serta isu-isu penting yang menjadi kepentingan dalam wacana pemikiran Islam semasa di dunia dan di Malaysia.
Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincang, mengulas dan meringkaskan bahan pengajian bertulis atau audio visual. Pelajar dibimbing untuk memantapkan kecekapan morfologi dan sintaksis serta menggunakan kamus bagi menyokong kemahiran bahasa. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai pengajian Islam.
Kursus ini membahaskan secara tahlili (kajian analisis) hadis-hadis berhubung dengan akidah, ilmu, akhlak, keluarga dan masyarakat. Kajian merangkumi tahkrij hadis serta istinbat hukum daripada hadis. Pelajar akan didedahkan dengan amali kaedah mentakhrij hadis menggunakan kaedah paling mudah berasaskan kitab al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadis al-Nabawi. Selain itu, para pelajar juga akan diperkenalkan dengan karya-karya Syuruh al-hadis terutamanya kitab syarah bagi enam kitab hadis utama (al-kutub al-sittah) dengan pengenalan asas kitab-kitab tersebut serta amali syarah hadis secara ringkas.
This course is offered to students with MUET Bands and 2. It is designed to help students to develop and use study skills that will help them become successful learners. Students will learn various techniques that will be helpful to them throughout their academic years. The course utilises the workshop approach to encourage active student participation.
PPPH1002 Kajian Teks Usuluddin dan Falsafah (May 2026)
Course start dateWednesday, 18 March 2026
Kursus ini membincangkan mengenai penelitian terhadap teks-teks teras dalam bidang pengajian Usuluddin dan Falsafah. Dalam kursus ini, kandungan teks pembelajaran diteliti secara sistematik dan analitikal bagi mendalami pengetahuan. Kursus ini juga menganalisis aspek-aspek pemikiran yang penting yang terkandung di dalam teks kajian. Pelajar akan didedahkan dengan teks asal perbincangan yang meliputi lima aspek iaitu Tafsir, Hadis, Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama'ah, Tasawuf, Pemikiran Islam dan falsafah.
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang kaedah melakukan penyelidikan dalam kajian masing-masing mengikut prosedur yang saintifik dan sistematik. Selain itu, kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar memahami kaedah penyelidikan yang sesuai bagi kajian mereka dan membantu dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan dengan lebih bermutu. Pelajar juga digalakkan untuk memahami setiap aspek pembelajaran supaya penyelidikan dapat dirancang dan dilunaskan dengan jaya. Kandungan kursus ini merangkumi kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, pernyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka kerja teoritikal dan kerangka kerja konseptual, populasi dan persampelan, pengumpulan data, penganalisisan data, penulisan rujukan dalam teks, senarai rujukan, transliterasi dan abstrak mengikut Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Pada akhir kursus ini, pelajar sarjana dan kedoktoran dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kaedah penyelidikan secara saintifik, sistematik dan inovatif. Pelajar sarjana berupaya menghuraikan dan menjustifikasikan penggunaan kaedah penyelidikan dalam melengkapkan proposal penyelidikan, manakala pelajar kedoktoran berupaya mensintesiskan kaedah penyelidikan dalam proposal penyelidikan.
Kursus ini mengandungi kajian dan huraian di sekitar pengertian dakwah, keperluan manusia kepada dakwah dan hukum berdakwah serta pelaksanaannya menurut al-Quran dan al-Sunnah. Dihuraikan juga konsep-konsep utama bagi dakwah Islamiah dan hubungannya dengan dakwah terdahulu serta ciri-ciri kesempurnaan, penamat dan sejagat bagi dakwah Islamiah. Huraian tentang pendakwah dan sasaran dakwah juga dititikberatkan untuk melihat masalah yang timbul daripada kedua objek ini dalam dakwah Islamiah. Perbincangan tentang pendekatan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat dikenal pasti untuk dijadikan model dalam pendekatan dakwah.
Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar asas hubungan insan serta kepentingan mewujudkan hubungan insan yang berkesan dalam konteks masa kini. Penekanan akan diberikan kepada personaliti, komunikasi, motivasi, kerja berpasukan dan menangani konflik dalam pelbagai konteks. Kursus akan diadakan dalam bentuk kuliah, seminar dan kerja lapangan. Tumpuan utama kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar menerapkan pengetahuan dan mengaplikasikan hubungan insan yang lebih positif dalam kehidupan seharian
LMCW2152 Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR) (May 2026)
Course start dateFriday, 1 May 2026
Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman menyeluruh kepada pelajar berkaitan dengan isu integriti dan amalan antirasuah dalam konteks pentadbiran, sosial dan kerangka perundangan negara. Melalui 10 topik utama, pelajar akan didedahkan kepada asas pembentukan integriti individu dan organisasi, mekanisme pencegahan rasuah, serta kesan buruk rasuah terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.
Pelajar akan mempelajari konsep asas integriti dan antirasuah, memahami peranan institusi pencegahan seperti SPRM, serta menilai Akta SPRM 2009 sebagai asas perundangan. Turut dibincangkan ialah bentuk-bentuk rasuah termasuk rasuah korporat dan jenayah kolar putih, serta simptom dan kesan sosial-ekonomi yang timbul daripadanya.
Kursus ini juga memberi penekanan terhadap kaedah pelaporan, langkah pencegahan oleh kerajaan, dan inisiatif pemerkasaan integriti di pelbagai peringkat masyarakat. Akhir sekali, pelajar akan digalakkan untuk membina budaya integriti dalam institusi sosial sebagai satu usaha kolektif membanteras rasuah secara berterusan.
Kursus ini memperkenalkan aliran Ahli Sunah Waljamaah yang disifatkan sebagai kelompok yang selamat (al-firaq al-nājiyah) serta menjadi pegangan dominan masyarakat Islam di dunia. Perbincangan meliputi maksud, sejarah, tokoh-tokoh, kelompok, metodologi dan usul-usul pegangan Ahli Sunah Waljamaah (al-Ashā‘irah dan al-Māturīdiyyah)