Current Semester
PPPY1282 Kaedah Penyelidikan (May 2026)
Course start dateWednesday, 18 March 2026
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang kaedah melakukan penyelidikan dalam kajian masing-masing mengikut prosedur yang saintifik dan sistematik. Selain itu, kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar memahami kaedah penyelidikan yang sesuai bagi kajian mereka dan membantu dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan dengan lebih bermutu. Pelajar juga digalakkan untuk memahami setiap aspek pembelajaran supaya penyelidikan dapat dirancang dan dilunaskan dengan jaya. Kandungan kursus ini merangkumi kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, pernyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka kerja teoritikal dan kerangka kerja konseptual, populasi dan persampelan, pengumpulan data, penganalisisan data, penulisan rujukan dalam teks, senarai rujukan, transliterasi dan abstrak mengikut Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Pada akhir kursus ini, pelajar sarjana dan kedoktoran dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kaedah penyelidikan secara saintifik, sistematik dan inovatif. Pelajar sarjana berupaya menghuraikan dan menjustifikasikan penggunaan kaedah penyelidikan dalam melengkapkan proposal penyelidikan, manakala pelajar kedoktoran berupaya mensintesiskan kaedah penyelidikan dalam proposal penyelidikan.