Semester 1 September Sesi 20252026
GGGB6014 Kaedah Penyelidikan Sesi 20252026 Sem 1 SET L2
Course start dateWednesday, 21 April 2021
Kursus ini merupakan pendedahan awal kepada kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Secara khususnya, kursus ini akan membincangkan tentang konsep asas serta menerangkan tentang proses merancang dan melaksanakan penyelidikan supaya pelajar boleh menghayati logik dalam menjalankan penyelidikan bidang pendidikan. Pelajar akan dibimbing untuk mengkaji pelbagai reka bentuk penyelidikan di samping mempelajari beberapa kaedah kutipan dan analisis data yang sesuai dengan reka bentuk penyelidikan. Turut dibincangkan adalah falsafah penyelidikan, konsep dan proses tinjauan literatur, penyataan masalah, kerangka konseptual, instrumentasi, serta kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Pelajar juga akan didedahkan dengan penyediaan kertas cadangan untuk kajian, serta etika dalam penerbitan. Antara tugasan yang diberikan kepada pelajar ialah mensintesis literatur, menganalisis penulisan kertas cadangan kajian kuantitatif dan kualitatif serta membuat pembentangan tentang rekabentuk kajian. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran merangkumi pembelajaran berbalik, kuliah dan tutorial interaktif, perbincangan berkumpulan, pembentangan dan laporan bertulis.