SMPI Sem 1 Sesi 2026/2027 (Sept 2026)
LMCR3362 Perlembagaan dan Masyarakat (Sept 2026)
تاريخ بدء المقررالأربعاء, 29 نوفمبر 2023
Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar mengenai tujuan dan peranan perlembagaan dalam masyarakat. Pelajar akan didedahkan mengenai konsep, teori dan latar belakang perlembagaan. Perkara-perkara yang mendasari perlembagaan juga akan diterangkan seperti keluhuran perlembagaan, hak kebebasan, doktrin pengasingan kuasa, federalisme, ketertinggian perlembagaan, konvensyen perlembagaan dan diskriminasi perlindungan serta kontrak sosial. Selain itu, tumpuan khusus akan diberikan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri seperti agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, institusi beraja dan perbandingan dengan perlembagaan di negara-negara lain. Penekanan juga akan diberikan kepada fungsi utama kerajaan dan tanggungjawab masyarakat menurut perlembagaan serta Islam dan Perlembagaan. Secara keseluruhannya, pendedahan mengenai kursus ini dilihat dari perspektif sejarah, budaya, agama, politik, undang-undang dan hubungan etnik. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, dan Service Learning.